June 22, 2012

Kek Lapis Asam Manis





Sebenarnya projek ni sudah lama tertangguh. Belajar buat kek lapis dari seorang kawan berbangsa Iban berasal dari Sarawak memang sudah lama dirancang. Oleh kerana masa tak mengizinkan dari dua-dua belah pihak maka kami menangguhkan rancangan untuk belajar sehingga tarikh yang sesuai sudah dipersetujui.

Maka pada tarikh 20hb Jun 2012 maka kita pun berkumpul untuk belajar membuat Kek Lapis Asam Manis.  Puan Lemunai Ikum isteri seorang kakitangan PETRONAS di Dubai adalah guru yang mengajar kami. Pelajar-pelajar pula terdiri daripada Pn NorSaadah Mat Akhir, Pn Salina Denis, Cik Noor Najia Mohd Shariff dan saya. Seronoknya kami tak dapat digambarkan kerana saat yang ditunggu sudah pun tiba.

Wow!!!! Sangat gembira rasa dihati kerana hasilnya sangat memuaskan dan kek ini dijamin sedap.

Bahan-bahan :

10 biji telur
400 gram butter
450g biskut marie yang telah dihancurkan
1 tin susu pekat manis
20 bungkus Haw Flakes
2 cawan gula halus
11/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
pewarna hijau dan pewarna kuning telur



Cara membuat :

- Mula-mula kisar biskut marie sehingga hancur dan ambil 450g sahaja. Tambahkan baking powder kedalam      
  biskut marie yang telah hancurkan ini.
- Di dalam bekas lain pukul butter dengan telur sehingga berwarna putih dan masukkan telur sebiji demi
  sebiji. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan susu pekat manis ke dalam adunan ini dan kacau lagi. Tuangkan tepung biskut marie
  kedalamnya sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan satu bahagian diwarnakan hijau manakala
  bahagian yang satu lagi diwarnakan kuning.


- Sapukan butter ke dalam acuan aluminium dan tuangkan sedikit tepung gandum pada acuan dan ratakan
  supaya kek tidak melekat pada acuan nanti. Dulang aluminium yang digunakan adalah berukuran
  24cm x 24cm x 7cm. Adunan yang digunakan cukup dan sangat sesuat untuk acuan ini.
- Tuangkan sedikit adunan bewarna kuning ke dalam acuan dan ratakan. Tutup bekas dengan aluminium foil
   supaya air dari pengukus tidak jatuh diatas kek semasa mengukus nanti. Kukus selama 15 - 20 minit untuk 
   setiap lapisan. Semakin banyak lapisan semakin lama masa yang diambil untuk memasak satu lapisan kek.



- Setelah lapisan pertama diratakan dan kukus selam 20 minit. Bila dah masak angkat dan tekan sedikit
  dengan senduk supaya kek menjadi padat. Susunkan biskut Haw Flakes di atas kek yang telah masak dan
  masukkan lapisan yang berwarna hijau pula. Berpandukan gambar, saya telah menyusun biskut Haw Flakes
  itu jarang-jarang kerana stok yang saya ada rasanya tidak mencukupi. Sepatutnya disusun rapat-rapat
  sehingga hujung biskut bertemu antara satu sama lain. Ulang proses sehingga habis semua adunan.

- Hidangkan bila kek sudah sejuk ya.....sedap sangat.




0 comments:

Post a Comment

About Me

Saya berasal dari Kampung Padang 'A', Astana Raja, Kota Negeri Sembilan. Pendidikan awal saya di Sekolah Kebangsaan Astana Raja. Cik gu yang paling saya ingat semasa di sekolah ini ialah Cikgu Hasnah Peral, Cikgu Zaharah dan Ustaz Hussin. Ada sejarah yang penyebabkan saya ingat pada mereka sampai sekarang.

Cikgu Hasnah tu...cikgu pertama di sekolah tersebut manakala Cikgu Zaharah ni...saya selalu bawakan ulam pegaga untuk dia dan dia akan bagi saya duit 20 sen..Ustaz Hussin pula...masa dia tengah mengajar, saya keluar dari kelas untuk minum air. Kemudian dia tanya saya kenapa keluar...saya jawap "saya sakit perut ustaz"...terus dia suruh saya pergi klinik. Sebenarnya saya keluar minum...sedangkan masa tu.......dot dot dot....

Kawan-kawan yang saya ingat namanya sampai sekarang antaranya Hamidah Osman, Hamidah Yusof, Nora Shamsudin, Faridah Doya, Hanita Mohamad dan Nirwana...yang lain...Mohd Hanafiah...(sebab ayahnya cikgu di sekolah)...yang lain tu tak berapa pasti...dah lama sangat..

Secondary School

Keputusan Penilaian Darjah 5 saya tu baik....dapat masuk sekolah berasrama di Sikamat Seremban. Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said....jiran kita Sekolah Tunku Kurshiah.

Masih segar dalam ingatan lagi...sekolah masa dulu-dulu. Masa nak periksa tu...Darjah 5, Kak Lang belikan 5 buah buku untuk saya ulangkaji (semua subjek). Oleh kerana hanya ada 5 buah buku sahaja...sampai saya hafal semua jawapan...bila tengok soalan dah tau jawapannya...tak tau dah berapa kali ulang buku tu....susahnya hidup masa itu.

Bila dapat masuk asrama...masalah juga...kenapa? Mak dan abah tak ada duit. Mujur juga ada padi dalam Ku'i (tempat simpan padi)....jemur semula padi tu dan jual untuk dapatkan duit yuran sekolah (tak ingat berapa jumlah) tapi ada juga masalah lagi...apa pulak? Macamana nak pergi ke sekolah tu...di Seremban. Mujur ada Allahyarham bang Kassim....dia ada kereta...jadi kami sewa kereta dia untuk ke Seremban (45 minit dari rumah pada masa sekarang). Sehari sebelum berangkat tu...mak jual ayam...tak ingat berapa ekor...nak buat tambang dan duit untuk belanja....susah betul ya...

Masa duduk asrama...abah tak boleh datang selalu sebab abah tak ada lesen motor. Alhamdulillah...pak cik Musa...Jaga di sekolah tu tinggal berhampiran dengan kampung kami...jadinya bolehlah mak kirimkan barang pada pak cik Musa. Selalu mak akan kirim ikan bilis goreng bercili dengan kacang tanah....bila ada jer barang mak kirim...pak cik akan panggil dari bawah...Milah ooo Milah...seronoknya bila pak cik panggil...dalam fikiran adalah makanan yang sedap sikit dari makanan asrama hari ni....

Banyak kenangan di sekolah ni...Pengetuanya Ust Haji Mohd Yusof...garang betul...Guru Maths (F3) Cikgu Mat Shah...terima kasih cikgu (duduk di Gedung Lalang, Serembn), Ust Zubaidah Sheikh Ahmad, Mrs Ang (selalu tumpang teacher bila nak ke Seremban)...Guru Sains saya sangat tegas Cikgu Normah (ingat lagi celak di mata cikgu tu)....cik gu Siti Hawa (kami dok kira perkataan "a" cikgu..)...manis sungguh masa tu...

Kenangan paling manis disini.....masyaAllah hanya Allah saja yang tahu....jeng..jeng...jeng ....(malu nak ceritalah) selain itu ...dapat kutu kepala dari kawan-kawan..nak tau siapa?....alamak, dia tu kaki gaduh lah...

Abang angkat saya Abdul Razak...dan adik angkat juga Abdul Razak...yang ingat dia ni orang Dusun Nyiur Seremban..entahlah...habis kat situ jer. Kawan-kawan perempuan.... mana dia orang ni..Zunairah, Zurainah, Khatijah Abu Bakar, Zubaidah Abu Bakar, Norazlina Sidek....ah ramai lagi. Masih berhubung lagi dengan Safiah Abdul Rahman...dan Hafizah ( senior ...lupa panggilannya saya hentam Along...rupanya dia Angah).

Periksa SRP...cemerlang. Seterusnya SPM...cemerlang lagi. Mesti rajin belajar...kita orang susah ( mesti masuk U ). Alhamdulillah...masa belajar disini..saya dapat biasiswa Rm48 sepenggal...banyak masa tu..Kena tambah rajinlah sebab dapat bantuan kerajaan..masa Tingkatan 5 dapat Rm120 sepenggal...banyaknya (masa tu).

Kolej Islam Kelang

Selepas kecemerlangan terbukti dalam SPM, saya ditawarkan tempat untuk belajar bersama kawan-kawan lain yang pandai. Kolej Islam Kelang adalah antara sekolah berasrama penuh bantuan kerajaan yang terbaik pada masa itu. Sesiapa yang belajar dari sekolah beraliran agama dan lulus cemerlang dalam SRP dan SPM akan ditawarkan tempat untuk belajar di situ. Bagi saya bila saya sudah belajar di KIK maka saya sudah menempah tempat untuk ke universiti. Saya sangat yakin tentang itu.

Semasa di KIK, saya belajar bersungguh-sungguh untuk lulus cemerlang dalam STPM. Sepanjang saya belajar di sana saya mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Asrama saya di Kelang juga berhampiran dengan rumah kakak-kakak saya di Kuala Lumpur. Keadaan menjadi semakin mudah apabila mereka selalu melawat saya diasrama. Saya hanya menumpukan perhatian pada pelajaran saya saja. Alhamdulillah...kesemua lima matapelajaran yang saya ambil telah lulus dengan cemerlang.

Sukacita saya memberitahu bahawa usaha saya memang berbaloi. Ketika semua orang sudah tidur, saya masih lagi belajar. Sebelum semua kawan-kawan bangun dari tidur, saya sudah pun siap sedia untuk ke sekolah. Saya memang rajin belajar sebab saya nak masuk universiti. Pada masa itu tumpuan saya hanyalah pada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Allah yang Maha Mengetahui. Dia telah menentukan segala-galanya. Berkat usaha dan doa saya. Ibubapa saya juga senantiasa mendoakan kejayaan saya. Saya ditawarkan belajar di UIAM dalam jurusan Ekonomi untuk sessi 1986/90. Alhamdulillah....

Dunia